http://picasion.com/gl/7Zah/

Cara Bijak Mengguna Microsoft Word

*Walaupun berbeza versi Microsoft Word, fungsi-fungsi asas masih sama, hanya kedudukan mungkin berbeza*

1. Huruf besar pada awal setiap perkataan

Daripada kita menyusahkan diri kita dengan menekan "CAPS LOCK" atau "SHIFT" untuk huruf besar, kita boleh menyerlahkan (highlight) barisan perkataan yang ingin dibesarkan huruf pertama. Kemudian, klik pada simbol "Aa" dan pilih "Capitalise Each Word".

Barisan yang ingin dihuruf besar setiap perkataan

highlight bahagian yang diingini

"Aa" dan pilih "Capitalise Each Word"

Tadaa~

2. Justify perenggan


Untuk mencantikkan hasil kerja, kita boleh menyusun teks kita supaya terbahagi ke barisan seterusnya apabila sampai ke margin muka surat. Caranya mudah sahaja. Seperti biasa, highlightkan bahagian yang perlu (selalunya bahagian perenggan). Kemudian, klik pada ikon . Semudah itu sahaja!
highlight perenggan yang nak dijustify
Pilih "Justify"



 3. Muka surat baru

Semenjak saya masuk ke pengajian tinggi, selalunya saya bertindak sebagai editor laporan makmal atau projek dalam kumpulan saya. Kadang-kala ada sesetengah yang menghantar lebih daripada satu bahagian (contoh: Keputusan dan analisis) kepada saya dalam satu fail. Bila saya edit, saya perasan yang bahagian lain akan terpengaruh (lebih ke bawah atau ke atas). Apabila saya periksa, baru saya tahu yang ramai suka tekan "Enter" untuk sampai ke muka surat baharu sebelum memulakan bahagian baharu.
Sebenarnya, tidak perlu pun buat begitu. Apabila hendak memasuki bahagian baharu dalam helaian baharu, kita hanya perlu ke "Insert" di riben atas dan pilih "New". Di bawah senarai "New" ada "New Page". Dengan menekannya sahaja sudah cukup untuk menwujudkan helaian baharu dalam kerja kita. Dengan ini, kita tidak perlu untuk mengedit bahagian lain apabila selesai satu bahagian kerana kita tahu bahawa bahagian seterusnya tidak akan dipengaruhi oleh bahagian yang baharu sahaja kita selesai edit.

Terima kasih melawat ^^


Copyright © 2017 : Miss Ongy - All rights reserved.