http://picasion.com/gl/7Zah/

Tugasan Microsoft Word (Edit Dokumen)

https://www.dropbox.com/s/zxfrnwikzxvzzbf/Tugasan%20Word.docx?dl=0

Cara Bijak Mengguna Microsoft Word

*Walaupun berbeza versi Microsoft Word, fungsi-fungsi asas masih sama, hanya kedudukan mungkin berbeza*

1. Huruf besar pada awal setiap perkataan

Daripada kita menyusahkan diri kita dengan menekan "CAPS LOCK" atau "SHIFT" untuk huruf besar, kita boleh menyerlahkan (highlight) barisan perkataan yang ingin dibesarkan huruf pertama. Kemudian, klik pada simbol "Aa" dan pilih "Capitalise Each Word".

Barisan yang ingin dihuruf besar setiap perkataan

highlight bahagian yang diingini

"Aa" dan pilih "Capitalise Each Word"

Tadaa~

2. Justify perenggan


Untuk mencantikkan hasil kerja, kita boleh menyusun teks kita supaya terbahagi ke barisan seterusnya apabila sampai ke margin muka surat. Caranya mudah sahaja. Seperti biasa, highlightkan bahagian yang perlu (selalunya bahagian perenggan). Kemudian, klik pada ikon . Semudah itu sahaja!
highlight perenggan yang nak dijustify
Pilih "Justify"



 3. Muka surat baru

Semenjak saya masuk ke pengajian tinggi, selalunya saya bertindak sebagai editor laporan makmal atau projek dalam kumpulan saya. Kadang-kala ada sesetengah yang menghantar lebih daripada satu bahagian (contoh: Keputusan dan analisis) kepada saya dalam satu fail. Bila saya edit, saya perasan yang bahagian lain akan terpengaruh (lebih ke bawah atau ke atas). Apabila saya periksa, baru saya tahu yang ramai suka tekan "Enter" untuk sampai ke muka surat baharu sebelum memulakan bahagian baharu.
Sebenarnya, tidak perlu pun buat begitu. Apabila hendak memasuki bahagian baharu dalam helaian baharu, kita hanya perlu ke "Insert" di riben atas dan pilih "New". Di bawah senarai "New" ada "New Page". Dengan menekannya sahaja sudah cukup untuk menwujudkan helaian baharu dalam kerja kita. Dengan ini, kita tidak perlu untuk mengedit bahagian lain apabila selesai satu bahagian kerana kita tahu bahawa bahagian seterusnya tidak akan dipengaruhi oleh bahagian yang baharu sahaja kita selesai edit.

Tugasan 2: Internet and Searching

Dalam bulan ini, saya pernah terbaca tentang sebuah tasik yang kononnya amat cantik. Ia bernama Five-Flower Lake atau Tasik Lima Bunga yang boleh dilihat di China. Baru saja tadi saya cari tentang rupanya. Wah, terkejut saya! Cantik sangat tasiknya! Sebab dia cetek saja, boleh nampak dengan jelas warna dasarnya. Bukan coklat macam pasir atau kehijauan sebab dipenuhi alga. Berdasarkan nama saja sudah boleh teka. Pada musim tertentu, kepelbagaian pokok di situ menyebabkan wujudnya lima warna berbeza. Rasa macam nak terbang terus ke sana. Agak-agak, macam mana rupanya sekarang?







Speed test


Permulaan:

Keputusan akhir:






Perbezaan antara Lazada dan 11street


Lazada


11street

Perbezaan:
Gambar item dalam Lazada lebih besar berbanding 11street. Lebih mudah untuk bakal pembeli melihat lebih jelas keadaan produk.
Susunan produk dalam 11street lebih luas; termasuk harga, rating pembeli, populariti, ranking dan diskaun berbanding dengan Lazada yang hanya boleh disusun mengikut kesesuaian, harga, rating pembeli dan diskaun.
Pilihan produk lebih banyak di Lazada berbanding di 11street.
Harga produk yang sama tetapi lebih murah di 11street berbanding di Lazada.

Tugasan 1: Ucapan Selamat Hari Raya

Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua kenalan saya yang bakal menyambut tidak lama lagi.💖💖💖 
Maaf zahir dan batin juga saya ucapkan. Hati-hatilah semasa dalam perjalanan balik ke rumah / kampung. Bacalah doa sebelum bertolak. Rancang perjalanan itu dengan baik. Sambil-sambil dalam kenderaan, layanlah sebentar lagu raya daripada geng Upin & Ipin.



Nanti mereka yang duduk di Taiping, nantikan kedatangan saya ke rumah kalian 😉😉😉

Terima kasih melawat ^^


Copyright © 2017 : Miss Ongy - All rights reserved.